Friday, March 2, 2007

Temuramah bersama Amir Ariff B. Fadzil.


oleh Mohd Izzat Noor Azizi

izzat_kt@yahoo.com


Amir Ariff B.Fadzil merupakan antara 20 orang pelajar terbaik di Malaysia dalam peperiksaan PMR.Kejayaan Amir Ariff dalam peperiksan PMR 2006 telah membanggakan seluruh warga Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar.Wartawan Mohd Izzat B.Noor Azizi melaporkan temuramah ini.

Buletin : Assalamulailum

Amir Ariff: Waalaikumussalam

Buletin:Tahniah kerana anda telah berjaya menempatkan diri di dalam 20 orang pelajar

terbaik PMR tahun 2006.

Amir Ariff: Sama – sama .

Buletin: Apa perasaan anda apabila mendapat bahawa anda mendapat antara 20 terbaik

di Malaysia dalam peperiksaan PMR 2006 ?

Amir Ariff: Saya sangat bersyukur apabila mengetahui perkara ini. Saya rasa amat

gembira .

Buletin :Bagaimana pula reaksi ibu bapa anda pabila mengetahui tentang perkara in ?

Amir Ariff : Mereka berasa sangat gembira apabila mengetahui perkara ini.

Buletin: Apa yang telah anda lakukan untuk mencapai kejayaan ini? Bagaimana cara

Anda belajar sehingga mendapat keputusan yang begitu cemerlang?Apa RAhsia

anda sehingga menjadi antara 20 pelajar terbaik dalam peperiksaan PMR 2006 di

Malaysia ini?

Amir Ariff : Tiada rahsia . Saya hanya belajar seperti biasa dengan cara yang luar biasa.

Saya juga ada membuat study group. Dengan adanya study group ini ,

Saya akan berbincang dengan rakan – rakan mengenai subjek yang tidak

Difahami. Selain itu saya juga memberi tumpuan 100% dalam kelas ketika

guru mengajar. Jika ada subjek yang tidak saya fahami saya akan bertanya

kepada guru subjek berkenaan.Saya juga banyak membuat latihan bagi

subjek – subjek yang lemah.Selain itu juga , doa juga penting sebagai jalan

terakhir selepas berusaha. Manusia hanya merancang tetapi hanya Allah

yang menentukannya. minta maaf terhadap ibu bapa kerana kita mungkin

mengasari ibu bapa kita secara tidak sengaja.Keredhaan daripada ibu bapa

amat penting untuk mencapai kejayaan.Kita juga hendaklah meminta ibu

bapa kita mendoakan kejayaan kita.

Buletin: Apa nasihat anda kepada pelajar –pelajar tingkatan 3 yang akan mengambil

peperiksaan PMR pada tahun ini ?

Amir Ariff:Kalau boleh saya mahu ada pelajar –pelajar tingkatan 3 tahun ini dapat

memecahkan rekod saya. Saya nasihatkan pelajar-pelajar ini tidak

membazirkan masa dengan perkara – perkara yang tidak berfaedah.Kalau ada

lebih bolehlah kongsi dengan kawan- kawan dan yang akhir sekali jangan

tidur dalam kelas ketika guru mengajar.

Buletin : Apa prinsip hidup anda?

Amir Ariff: Masa study, study masa main ,main sungguh-sungguh.

Buletin: Apa ucapan anda terhadap guru- guru dan rakan – rakan yang banyak membantu

anda ?

Amir Ariff : Kepada guru- guru saya ucapkan terima kasih . Kepada rakn- rakan juga

saya ucapakan terima kaih kerana banyak membantu saya . Jasamu akan saya

kenang. Akhir sekali ,kepada rakan-rakan sekalian , marilah kita bersama –

sama menaikkan nama sekolah menjelang tahun 2008.

Buletin : Terima kasih .kerana sudi ditemu bual.

Amir Ariff:Sama-sama.

0 comments: