Friday, March 2, 2007

Minggu Orientasi Tingkatan 4.


Pada 1 Februari hingga 5 Februari yang lalu , Minggu Orientasi Tingkatan 4 telah diadakan untuk mengeratkan hubungan mereka dengan pelajar lama SBP Integrasi Selandar. Program ini dijalankan supaya pelajar tingkatan empat yang baru ini dapat mengenali dan mengetahui suasana persekitaran serta budaya SBP.Beberapa aktiviti telah dijalankan supaya pelajar tingkatan empat yang baru ini menyesuaikan diridan merasai keselesaan hidup di SBP. Antaranya ialah ice breaking yang dijalankan pada hari pertama.Pada hari kedua pelajar – pelajar ini diberi taklimat tentang sekolah ini. Pada hari ketika aktiviti treasure hunt di jalankan .Pada hari terakhir minggu Orientasi ,Pertandingan Bakat Muda diadakan sebagai penutup Minggu Orientasi Pelajar baru Tingkatan 4.Pertandingan ini telah memperlihatkan bakat muda yang ada dalam pelajar baru tingkatan empat ini. Pelbagai lakonan yang dapat dilihat dalam lakonan yang dilakukan pelajar –pelajar baru tingkatan empat.Di harapkan pelajar baru tingkatan 4 ini dapat meneruskan lagi misi SBP Integrasi Selandar.

No comments: