Friday, March 2, 2007

Temu ramah bersama Encik Ghaffar Mahmud



oleh Mohd Izzat B. Noor Azizi

izzat_kt@yahoo.com

Encik Ghaffar B. Mahmud merupakan seorang Ketua Unit SBP.Pada 24 Januari yang lalu, beliau telah hadir ke SBP Integrasi Selandar secara mengejut untuk melihat keadaan sekolah ini.Walaupun kedatangan secara mengejut beliau amat memeranjatkan seluruh warga sekolah tetapi ia tidak menghalang wartawan Buletin SISME untukk menemuramah beliau dalam masa yang singkat Pada mulanya beliau telah menolak temurmah ini tetapi wartawan Mohd Izzat telah mengambil inisentif menuggu beliau di surau sehingga dapat menemuramah Encik Ghaffar Mahmud.Apabila ditanya mengenai keputusan peperiksaan PMR sekolah ini ,beliau terus menjawab “Pelajar –pelajar sekolah ini banyak merugikan potensi yang ada pada mereka. Mereka yang mendapat 8 A 1B sepatutnya boleh mendapatkan semua A bagi semua matapelajaran kerana beza antara gred A dengan B tidak jauh.Untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang mereka perlu membut banyak latihan .Orang yang cemerlang mempunyai aim untuk mendapatkan semua A bagi semua matapelajaran yang d ambil. . Sekarang ini persaingan banyak berlaku .Selepas keluar universiti mereka perlu bersaing mencari kerja. Ini mereka kemestian bukan satu pilihan.. Beliau turut berkata tentang matlamat akhir .Sebagai seorang pelajar mereka perlu mempunyai disiplin dan jadual mengurus diri yang baik untuk mencapai kejayaan.Setiap orang juga perlu mempunyai matlamat jangka pendek, sederhana dan jangka panjang.

No comments: