Mencari dua hingga empat sahabat yang serasi ,bertolak ansur dan berdisiplin dalam segala hal.
Bentuk peraturan kumpulan yang perlu dipatuhi oleh setiap ahli kumpulan.
Agihkan mata pelajaran mengikut minat.
Setiap ahli perlu menyediakan nota yang lengkap berdasarkan rujukan yang betul.
Setiap ahli perlu menerangkan notanya secara jelas dan memastikan setiap ahli memahami setiap aspek yang betul.
Adakan jadual waktu untuk belajar dan berjumpa dengan guru bagi membincangkan aktiviti kumpulan.
Bantu kawan yang lemah kerana perbincangan sesuatu topik itu akan meningkatkan pemahaman kita sendiri .
Menjaga disiplin dan mengawal topik perbincangan supaya tidak jauh terpesong .
Saling menasihati antara satu sama lain dengan memberi saranan positif untuk menaikkan semangat meraka.
Pandang kekuatan kawan dan tidak mencemuh kelemahan mereka secara terang – terangan.
Ikhlaskan perbuatan itu semata- mata kerana Allah S.W.T untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.


1 comment:
I would like to exchange links with your site interselnewz.blogspot.com
Is this possible?
Post a Comment