Sunday, January 28, 2007

Bapa Pelajar Form 1 Puas Hati…

oleh Muhammad Faiz Aizat Zainal

mufaz_flair @yahoo.com

Pada 8 Januari 2007,sekolah kita telah didatangi seramai 81 wajah-wajah baru pelajar Tingkatan 1.Saya telah berkesempatan menemubual bapa kepada Muhd Ashraf. Beliau telah memberikan komen positif kepada sekolah ini dan berasa puas hati dengan sekolah ini.Apabila ditanya perasaan beliau apabila anaknya berjaya menempatkan diri di sini,respon beliau, “Pak cik bersyukur anak pak cik ditempatkan di sini dan pak cik berpuas hati kerana sekolah ini mempunyai rekod akademik yang cemerlang dan merupakan sekolah terbaik Melaka dalam peperiksaan PMR pada 2005 ” dan tambahnya lagi “Pak cik gembira kerana inilah salah satunya sekolah yang tidak ‘mengamalkan’ budaya buli seperti SBP-SBP yang lain”.Selain itu,beliau juga berkata sekolah ini mempunyai barisan guru-guru yang hebat dan berpengalaman luas dalam pengajaran.